nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, May 18, 2011

::MELATAH?? HATI-HATI..BOLEH JANGKIT TAU SINDROM NI::

Assalamualaikum bloggers.....




Berjalan-jalan waktu petang pulak. Hihihihi. apa yang aku ngarutkan petang- petang macam ni??? SINDROM LATAH








APA TU SINDROM LATAH???



Kalau sebut ja latah, semua orang akan terbayangkan orang tua yang melatah tah hapa-hapa ja yang keluaq dari mulut. Ada yang siap menari-nari..oiiiiiiiiii....syok ooo kacau orang latah..hihi jahat aku. Tapi latah ni sebenaqnya orang muda pun ada. Ada jugak artis  yang melatah...errrrrrrrr..aku pun...hihi. Tapi aku takda la melatah yang bukan- bukan...Aku melatah yang baik-baik ja [ayat cover]..hahhaha






AKU SUKA KACAU ORANG LATAH

Huiiiiiiiiii...dulu zaman aku study kat UiTM, aku memang ada kawan yang kuat melatah, asal ada benda yang mengejutkan 'jadi' depan mata, ada ja reaksi melatah.hihihi....Aku memang suka gila kacau dia. Kadang-kadang bila dah lama dia tak melatah, aku saja ja usik dia. Saja nak tengok reaksi dia..lawak tau orang melatah ni. Aku boleh gelak sampai guling.hihihi. 




Tambah kawan baik aku pulak, lagi la aku kuat kacau dia. Tapi aku selalu beringat, kalau kawan aku tu tengah siang ikan ka, ataupun masak ka, aku takkan sekali-kali usik dia. Masa nak lintas jalan pun, aku takkan usik..bahaya oiii..





BILA AKU PUN DAH MULA MELATAH

Orang tua-tua selalu kata, "Jangan kacau orang latah, nanti jangkit", tapi aku syokkkk kacau depa ni. Saja nak bergelak ketawa. Hihihi....bila dah lama mengacau, alih-alih melatah ni lekat kat aku pulak. Tapi aku kena latah 'minor' ja, aku kalau melatah takdakla keluaq perkataan yang lucah-lucah tu, latah aku agak sopan la..... setakat ni, memang aku tak pernah melatah perkataan mencarut. Kalau ada orang kacau, atau pun ada kawan yang bagi aku terkejut......memang melatah la jawabnya.huhu









PERKATAAN PALING FEMES

Selalunya, yang selalu keluaq "oooo mangkuk terjun," hahahha...ni perkataan paling femes yang aku selalu melatah bila terkojutttttttttttt.....Yang lain tak berapa sangat, cuma sesuatu benda tu kalau aku tak sempat cakap, tapi bila ada orang dok bagi aku terkejut, memang spontan ja keluaq teruih apa yang aku belum cakapkan.....Apa yang terlintas kat otak aku, yang tu yang akan keluaq.




KES-KES AKU
 
Aku rajin melatah kat ofis kalau ada kawan-kawan yang kacau. Ada satu hari tu, aku lalu kat depan ofis, pastu ada la customer cina yang botak buat apa entahla kat ofis. Buat aduan kot, pastu aku dok tengok ja la customer botak tu, dalam kepala aku dok tepikir licinnya kepala, sekali aku terlanggaq apa benda tah, terus keluaq, "oooo botak, licin"  opppppppssss. Tapi nasib baik aku terrrrrlatah slow ja...hihihi...dia tak dengaq kot. Bukannya aku buat-buat, memang otomatik keluaq apa yang terlintas dalam kepala aku. haha



Masa aku eksiden moto dulu, sempat lagi melatah "ooooo kena dahhhhhhh" masa tu aku dalam keadaan nak tersembam kat atas tar dah..huhu. Aku ingat lagi tu...walau pun dah lama jadi. cekap pulak rem aku ni..hehehe





TABIAT

Kalau orang tak kacau, aku meang tak melatah pun, kecuali ada yang cucuk pinggang aku atau terlanggaq aku secara tak sengaja, satgi mulaaaaaaa la aku pun terstart. Tapi la ni dah kurang sebab takdak sapa kacau..hahhaha. Selalunya dua, tiga patah perkataan ja yang keluaq...taklah sampai panjang berjela tu..hihihi
janji jangan kacau ja...





Moral of the story : Jangan selalu kacau orang melatah..huhuhu..lagi-lagi masa tengah siang ikan ka apa.... buruk padahnya..





sekian, untuk makluman. 
 


6 comments:

bawal crepe putih said...

dulu saya pown gitu lah! skunk tidak lagi ;) hehe

SHM said...

nasib baik SHM tak melatah walaupun suka kacau orang . tp kesian kat org yang melatah . penat kot melatah ni .

Anonymous said...

Kesian kt orng latah ni..kekadang sampai penat tuhan saja yang tahu....

::Mastura Zakaria:: said...

emeera: bagus...dah boleh hilangkan latah..hihhi

SHM: memang penat tp syokkk layan..hihi

cutieintan: memang penat..

Nurshafiraamin said...

anda cukup bertuah melatah tak teruk....ira lak yg teruk...
memang panjang lebaq+siap demo lagi kalau melatah... :)

shafmechy said...

betoi tu...sy dulu kacau gak member melatah, girl...last-last sy pun kena..tp kdg2 la..minor gak..heh...bahaya2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails