nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 24, 2011

::SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI::

Assalamualaikum bloggers.....







Mempersembahkan sebuah filem yang tak seram langsung, tak berunsurkan sejarah melayu langsung, dan mempunyai daya imaginasi yang sungguh [taktau berapa bintang] bakal menanti anda di skrin besar di kedai-kedai mamak [tak lepas masuk panggung]...filem yang dinanti-nanti oleh pelakon yang telah memberi nama...inilah dia....  PIRATES TERSESAT DI CARRIBEAN ....dengan set studio paling terjimat sekali... [mengamalkan penjimatan berhemah]



iklan......... sila klik header untuk melihat pembekal pelakon mantopppppp... sekian, wasalam.






Sinopsis :




Lanun jalanan itu merenung seorang gadis melayu, yang anggun sedang berlenggang di hadapannya. Teringat beliau akan kekasihnya yang ala-ala mak dara. Lalu ternampaklah oleh beliau tulisan  di belakang baju gadis itu "geminigurlz". Oh, bintang gemini rupanya budak ni. Tapi aku dah lupa gemini tu bulan berapa....huhu, getus hati lanun jalanan lagi.




Tiba-tiba......bahu Lanun jalanan ditepuk seseorang..."hooooiii.... macam MTT je!!!," tegur Abdul Farique Areliff, kawan yang selalu suka pinjam majalah Ujang yang dibeli secara rasmi oleh Lanun jalanan. "Apa yang MTTnya?" tanya beliau yang berkerut-kerut dahinya. "Yela...muka kau tu macam MTT = muka tengah tension"hahahhaha....gelak si Abdul Farique.





Kelihatan dari jauh, ternampak lambaian zieha hisham, rakan segosip mereka bersama teman tapi mesra beliau ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a Han itu sedang menghampiri mereka berdua. "Mai dah nisha shopping2u ni." getus hati lanun jalanan. Nama manja itu adalah disebabkan zieha hisham suka membeli belah di Nadya O'conner. haha [pengarah tengah pening sat]




Nisha mengajak lanun jalanan dan Abdul Farique bercuti di cik pulau dengan menaiki kapal besar bernama zacky-786-, yang dibeli 15 tahun lalu oleh Nmirmo bukan San Remo. Entah tahan ke tak kapal tu, "jomla, wei" ajak Nisha. Nisha ni kalau dah boleh gelak memang macam rancangan famili ceria.




Lanun jalanan setuju, tapi sapa lagi yang nak di bawa? lagipun entah ada wifi ke tengah laut tu, macam mana nak dapat informasi yang latest? macam-macam fikirnya. Abdul Farique mencadangkan mereka membawa Bro Wacana sebagai pembekal berita, Mama Diana selaku jurupandu kapal terbang, greenappleku.com sebagai penaja epal dan jugak Jay yang suka bermain dengan game kemboja85.



Lanun jalanan sempat mengemaskini blognya dengan berjaya mengupkan traffic dengan menulis tajuk "Adah onenie ateyya ezolieeeeeee ! yihhhaaaaa [bahasa siam yang dicakap oleh lanun jalanan yang membawa maksud aku nak bercuti di pulau...bahasa ni pengarah saja yang paham].



Tiba-tiba dalam masa sesaat, blogger yaya budak suka embun sempat lagi komen dan bertanya, " Lanun jalanan nak gi bercuti dengan izzat nazmi yang mukanya iras azizul hasni awang tu ke?" Namun dah terlewat...lanun jalanan tak sempat mereply....




maka berbondong-bondonglah soalan demi soalan dalam ruangan komen lanun jalanan...namun tak sempat direply.....selesai menshutdownkan laptopnya, lanun jalanan terus menelefon rakan beliau Abdul Farique.... apa yang terjadi..... nantikan di PAWAGAM BERHAMPIRAN... [pengarah kena hantaq skrip dah lagi 2 minit kul 10 ni] haha.




18 comments:

BeloG MTT said...

MTT ---->muka tengah tension...Haha

Niena Muhammad said...

kih2..follow...-449 kalau sudi kembali ke sini smbil tekan buttton keramat yea :)

http://www.my-shopping2u.com/2011/05/roti-canai-telur-satu.html
yerk..ada najis dlm roti canai!

Unknown said...

HAHA nicee story , bole masuk panggung !
jemput bace story zieha okeyy ^^
http://potpetpotpet-zieha.blogspot.com/2011/05/segmen-filem-kreatif-aku-bersama-ben.html

mumui said...

gemini bulan 6! hihihi.... saya tlg lanun jalanan jawab... btw.... thanks!

::Mastura Zakaria:: said...

hahaha..pening pengarah nak create byk watak...

L.a.n.u.n j.A.L.a.n.a.n said...

wah.. besh2.. hehe... tq ^_^

Ezad Skytech said...

haha... muka den ni mcm azizul hasni awang...??? ish... ish...

http://skytechxtreme.blogspot.com/2011/05/segmen-filem-kreatif-aku-bersama-ben.html

Eiza GreenAppleKu said...

Penaja epal datang komen..hehe..

bicara mak dara said...

wahhhh nama Mak dara pun ader.. mak sukerrr hehehe tankiuuuu

Atia_gadismelayu said...

sape bilang gadis melayu x menawan.. lalalalal~ hehehehe..

x smpat join..T_T.. ape pown tq tag gadis melayu..^_^ nice story..=)

mamaDiana said...

pilot pon datag gak..hahaha

admin said...

wahhh terbaiik :D , harap sudi membaca versi saye pulak :p
need komen :)

kemboja said...

game kemboja85 ek.. hehe nice stori.. kreatifnyer awak

Ez0Lleee said...

cikgu siam mari datang menapak..wahhh..kelaka kelaki..sangat kreatif MTT= Muka Tengah Tension x leh blah..sukee...

Cik Pulau said...

bila dah nama cik pulau,
maka watak yang sesuai adalah memang pulau la..
ahaha... thanks include nama cik pulau..

Golden Rose said...

jalan cerita yang best...kalu buat filem mesti box office ni...hehehe...

http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

♥nyeto89♥ said...

hahaha..cesss...watak sampingan ja kot :P

::Mastura Zakaria:: said...

pengarah pening seketika nak wujudkan watak..hahahha....finas tak bagi masuk panggung....setakat skrin besar kat kedai mamak je lepas..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails