Entri di hari jumaat, penghulu segala hari....di mana hari ni jugak akan terjadi kiamat. Jadi jangan ada sesapa dengar cakap sorang paderi di New York yang kata, end on saturday.... Dia kata, hari kiamat akan jadi pada hari sabtu, Dengaq ja, percaya jangan. Depa ni bukan cerdik sangat.Tak lama lagi mesti tukaq hari lah tu.... Depa kan suka putaq belit.
Bila bercakap bab pangkat, waahhhhhhhhhh majoriti semua orang akan tergila-gila kejaq pangkat. Ada yang suka bodek bos, kalau boleh, nak digilap kasut bos sampai boleh buat cermin supaya boleh naik pangkat. Ada yang sumbangannya tak nampak pun, baru buat keja sikit, tapi mengungkit usahanya sampai bertahun-tahun.
Manusia takkan pernah puas. macam lagu senario, sebelum dan sesudah....
sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan M.C. saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Habis dijoli…
Di sana sini
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan M.C. saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Habis dijoli…
Di sana sini
Macam tu lah perkiraan manusia, kalau boleh, pangkat, darjat, harta nak menimbun-nimbun. Takkan nak jadi macam Qarun? sombong dengan kekayaannya? Panjang kot kalau aku nak story kisah Qarun kat sini..apa kata cuba gi kat google. nanti banyak la blog yang boleh diterjah.
Ada orang sanggup beli gelaran 'Datuk' sebab nak dipandang tinggi taraf dia, tapi usaha takmau. Sebaliknya tipu sana tipu sini. Usaha tak padan dengan pangkat la.....Agak memalukan kalau ada orang kaya yang mengaku suka buat keja amal, tapi buat cek besaq-besaq tunjuk depan tv "RINGGIT MALAYSIA: SERATUS RIBU SAHAJA" Amat membanggakan...macam tak ikhlas la pulak.....
Tapi sekaya mana pun, kalau selalu ingat orang bawah, semua orang akan respect. Selalu la rendah diri..bukan rugi pun. Duit berjutan-jutan, rumah berpuluh-puluh, tapi kalau rajin sedekah, tak payah tunggu orang mai ambik gambaq, orang akan respek. Renung-renungkan dan selamat beramal.
2 comments:
Salam .. aduhh .... seram sejuk ni ... betul. Pengakhiran nanti last2 sekali bawah tanah gak semua.
wsalam...betui tu..hidup kat dunia ni tak teringat langsung nak buat amal byk..
Post a Comment