nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 31, 2011

::JOM JOIN BLOGLIST JAMALUDDIN.NET::

Assalamualaikum bloggers.....






Di petang ni, memang la mata aku buat stim pulak......ngantuk sehhhhh....Jadi untuk aku hilangkan kemengantukan aku untuk seketika ni, ni la part time aku dalam blogging, join bloglist, kali ni aku nak join bloglist jamal pulak...hihihi, seperti kebiasaan, sapa yang nak join sila klik header bawah ni okeh..








Aku memang suka la join bloglist bloggers, salah satu sebabnya nak jugakla merasa ada dalam bloglist orang lain.hihihihi....Saja la suka tambah-tambah yang ada UV yang ramai, tapi kalau tak menang pun takpa..hihihi. Janji dapat menyesakkan keadaan. Secara tak langsung boleh support sesama blogger jugak kan...




Sapa yang jnak join tu cepat-cepatla..nanti terlepas bas..hihihi





sekian, untuk makluman.

::ABANG NARA PUN KENA...???ADOIYAIIII:::

Assalamualaikum bloggers...






Pagi ni aku rajin blogwalking sket, sebab tengah lapang, tadi aku masuk la blog ABANG NARA ni, ala kecoh-kecoh kelmarin pasal video si gambit buat tu.....Saja aku nak baca explanation yang gambit bagi. Tapi aku tak komen la...aku sebagai silent readers ja.....





Pastu aku baca la komen yang ramai dok bagi kat page tu...ni antaranya...











Saja ja bawak masuk komen ni kat sini...hehehehehe. Bukannya apa, niat abang nara ni nak tegur gambit, sekali dia pulak yang kena. Sekali baca kot-kotla pengkomen ni kipas susah mati gambit ka hapa....  adoiii, sabaq ja la abang nara.... besa la mulut orang ni macam-macam hal.



Memang kaw-kaw la gambit kena....dah nama pun teguran...mesti la kena..hmmm...kena beringatla sebelum kena...




sekian, untuk makluman.





::SEGMEN COUPLE?? MOTIF?::

Assalamualaikum bloggers...





Entri bergenre nasihat buat sesapa saja yang sudi terima nasihat aku di pagi hari.




Okeh, aku memang suka join segmen by bloggers. Tak kira la blogger baru ka blogger lama ka. Aku join ja, tambah-tambah yang invite aku, aku memang appreciate sangat..hihihihi







Tapi aku pelik la adik-adik blogger yang buat segmen jugak, tapi segmen letak gambar couple-mapel ni kat entri, bukan aku nak kata la...cuma aku nak bagi nasihat la sebagai sahabat blogger. Jangan bila kita buat segmen tu sampai taktau apa motifnya, takkan buat segmen semata-mata nak kena orang link kat entry tu.





Aku pahamla ramai yang ada couple ni, tapi...kalau x tegur, aku taktau la ada blogger yang sedaq ka tak benda ni. Tapi kalau nak buat segmen pun kena pikir jugak 'apa benda yang disampaikan' tu...... Aku segan jugak nak teguq benda-benda macam ni, tapi rasa bertanggungjawab sket la kan.




Bila ada orang dok bercouple, bermesra-mesraan, ataupun dating, hangpa sibuk-sibuk kata orang ke-3 adalah syaitan. Betui yang tu, tapi jangan buat contest ataupun segmen 'bersama couple'..tak sesuai...kalau segmen untuk laki bini takpa la, sebab dah sah. ni baru couple.... Yang taktau lagi kan hala tuju...





Bagi sapa yang terasa tu aku, mintak maaf la, tapi kalau untuk segmen couple-mapel ni, aku memang takmau terlibat. Aku rasa macam takda motif pulak segmen macam ni.....






p/s: pandai-pandaila jaga diri masa bercouple...letak agama di depan...






sekian, untuk makluman.

::SEGMEN NIZAM IJAM NAK PROMOTE BLOG ANDA::

Assalamualaikum bloggers...






Pagi ni aku nak join segmen nizam-ijam..hehehe..Aku lupa aku tak join lagi, hehehehe...aku dok bajet aku join dah...tapi tengok kat shutboz aku, budak nizam ni invite..heehhehe...join la aku pun, sapa nak suruh nizam promote blog sila klik header kat bawah ni okeh...








Yang tu je la kot, maka dengan ini sapa yang baca, secara automatiknya anda di tag..hahahha...macam zalim ja aku...





sekian, untuk makluman.

::AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! ::

Assalamualaikum bloggers...





Bersua kita pada pagi ni, dengan hari tanpa tembakau pada setiap 31 Mei










Nak terlibat jugak, sila klik banner tu....






sekian untuk makluman.

Monday, May 30, 2011

::DOAKU BUAT MEREKA::

Assalamualaikum bloggers.....





Malam ni baru aku sempat nak join segmen Encek Ben sempena musim cuti sekolah ni... Sapa nak join jugak, mai klik header bawah ni, okeh...







Kenakalan aku memang terserlah bila aku dah pandai main dengan sepupu-sepupu jantan aku. Maklumla batch yang sebaya aku agak kekurangan geng pompuan. maka dengan wujudnya ramai sepupu laki, so aku ni sebagai kanak-kanak perempuan yang lemah lembut tiba-tiba jadi ganas gila, dah macam samseng kampung pulak.





Aku dah tak main masak-masak, barbie doll segala (memang takdak pun time tu),hihi aku main guli, mandi sungai, terjun tiruk, lawan tangan( yang macam gusti lengan tu) walaupun aku selalu kalah, panjat pokok, terer jugak aku ni.Hilang teruih kesantunan aku.





Aku ingat lagi masa aku pi mandi sungai, mak dengan abah aku sibuk dok mesin getah, yang buat keping-keping untuk dijuai tu.... aku pulak pi main kat sungai, lepas mandi tu, teruih pi tengok mak aku buat keja. Saja buat muka baik dan tak bersalah.





Pastu bila aku dengan happy nya balik rumah, ada mamat kampung mai hantaq skaf aku yang aku tertinggai kat sungai.....errrk????apa lagi....kena sebat dengan tali pinggang ja la belakang aku ni, abah aku la yang bagi anugerah tu... berbirat ooo... sakit jangan cakap la. Aku rasa budak-budak la ni kalau kena sental dengan tali pinggang tu komfem kol teledera dah. Apa lagi mintak ampun sampai ke sudah la. 





Memang mak abah aku tak bagi aku pi sungai tu, tapi aku takdak kesedaran sivik lagi.... Mak aku tak pukul, cuma nasihat yang kalau dikenang la ni memang 'makan dalam'.huhuhu.Ampun mak, tak buat dah..







p/s: sampai la ni aku meluat mamat kampung yang belagak hero report kat abah aku..kojaq betui!! aku ingat la muka hang.!!






   sekian, untuk makluman.



::KONTOTBESI: MEMANG POWER LA GAMBIT NI....::

Assalamualaikum bloggers.....







Harini bila aku tengok kat dashboard aku, aku rasa hampir 60% dok upload video ghairah si shah jazle ka hazel tah yang ngan si prema yen?prema apa taktau. Aku tak alert sangat artis yang tak berapa femes ni.. Aku tak kenai pun si prima ni sapa....Dek kerana video yang diarahkan gambit saifullah (sedap nama ni), maka melotup.. "kebabommmmmmm..." nama semua yang terlibat.






Nak tengok pengarahnya???









Sapa ni? Depa kata kat aku ni la gambit saifullah. Aku pun tak berapa cam muka dia, maklumla..bukan sepupu aku pun atau kawan blogger aku,haha. so aku tak kenai la.... Tapi aku suka pulak nama islamik dia tu... Saifullah tu kalau tak salah aku, PEDANG ALLAH...maksud nama tu gambit tu aku taktau la apa benda..gambiaq aku tau la...atau dalam bahasa kl nya gambir..haaaa yang tu aku tau...





Kebabommmmm la gambit la ni no...nak sign..hahahha...power gila video arahan dia. David Teo pun tak penah buat macam tu lagi, aku takmau la upload video 18sx tu masuk dalam blog aku ni, buat nambah dosa ja, pi la cari kat youtube na, pastu hangpa nilai la sendiri..ganas ka dak..hahahha..




Lepas ni hang buat arahan video baru pulak. Panggil lady gagau ka lady bird ka jadi bahan experiment hang tu. Tak pun hang panggil ja britney spears ka join. Best gak tu..baru international.huh..mangkuk hayun betoi.





P/s: tahniahla gambit oiiiii sebab berjaya buat kontotbesi yang agak menjatuhkan maruah pompuan..Hang ingat ni las vegas ka dok buat macam tu. Sapa la nak ngaku salah kan? orang gila pun tak ngaku dia gila..hahah

::SEGMEN BUDAK COMOT REVIEW JANGAN TAK REVIEW::

Assalamualaikum bloggers....





Petang ni aku saja nak update lagi entri..hihihi. Sebab aku nak join segmen review by blog chomot. Thanks ye sebab invitation untuk mereview blog...hihihihi...Sapa nak join jugak meh la view beramai-ramai... klik header kat bawah ni okeh..









Meh teman aku review beramai-ramai. Bagi aku la, ni pendapat ja tau, kalau dah pendapat tu mesti tak semua sama dengan orang kan, so apa yang aku tengok la blog melin ni dah ok, ringan la kot sebab laju ja loading dan tak berat mana pun. Beruk band aku senang loading..hihihii, kemas ja dan so far ok. Errr melin meh kutuk blog ni pulak..hahahhaha. Yang tu ja kot...





p/s : sempat ka aku tergolong dalam sepuluh orang ni....?






sekian, untuk makluman.

::RAGAM FOLLOWERS:FOLLOW BLOG YANG RAMAI FOLLOWERS KAH ATAU YANG FOLLOWERS CIPUT?::

Assalamualaikum bloggers.....







Entry kedua bab followers lagi.




Tadi dah aku update sepasai followers keluaqkan arahan....kali ni dengan kesedaran sivik aku ni, best rupanya bila follow blog banyak ni. kadang-kadang macam-macam ragam ada. Yang baru clash pun ada...Aku agak ja sebab based on entri yang dia, manjang ayat sedih ja..hihihi.. sabaq dikkk..... jodoh di tangan tuhan....









Ada yang suka follow blog, sebab tengok followers owner tu banyak sangat, ada yang follow blog sebab followers owner tu ciput ja. Kiranya, newbie la kot, ataupun owner blog tu tak rajin update entri. Ada yang follow sebab depa amalkan 'u follow me i follow u'...... Macam-macam gelagat la.....




Tapi kalau tanya aku, apa kriteria aku nak follow blog orang. Selalunya aku terjah blog yang selalu komen kat blog aku ni......walaupun aku ada kotak jeritan kat tepi tu, tapi sekali imbas ja aku view kat situ. Aku tak tengok sangat. Tambah-tambah kalau ada yang pesan ' i follow u, follow me balik okeh'...hurrmmm..harap maklumla...aku tak pi ushar langsung. bukan dengki ka hapa, cuma aku tak suka ja ayat macamtu....




Aku suka jalan kat blog yang tak merapu sangat, yang penuh gambaq boypren dengan girlpren kat sidebar,aku tak minat langsung..hahahahha. Tak berkenan aku, tau la nak tayang kat aku, agak-agakla..boypren pun nak share dengan public ka..hahahah...Kerat gambaq boh dalam beg duit dahla... (mesti ada suara-suara yang mengata aku nyibuk) ahh...lantak pi..




Tapi bagi aku, kalau followers dia dah bergerabak-gerabak, mesti entri dia best-best. Bagi aku la, ni pendapat ja.kalau nak berada di pihak pembangkang pun takpa...aku okeh ja. Kalau tak best pun mesti ada sebab lain kenapa followers dia ramai kan.....




Bagi hangpa semua macam mana? tengok followers ciput baru follow ka, ataupun tengok follower ramai baru follow? takpun sebab owner tu cun? atau pun blogger tu single?atau pun..haishhhhh..banyak pulak soalan aku..huhuhu




p/s : eh, aku ada beli t-shirt blogger...sapa dah tempah....?







sekian, untuk makluman.

::TAK RETI-RETI NAK FOLLOW??::

Assalamualaikum bloggers....





First entri aku untuk harini cewwwwaaaaaaahhh...Disebabkan aku banyak menelan nasik minyak kelmarin, maka semalam aku tiduq awai.hahahha....tapi takla awai sangat sebab aku dok melangut mentor.






Tadi masa aku buat sesi lawatan blog, tetiba aku jumpa satu blog ni dengan header beliau bertajuk "tak gheti-gheti nak follow?" mak aiiiiiiii...terkojut beruk den....den tok nyangko haaaa..ado header lagu tu..huhuhu..... Budak-budak newbie kot..hihihihi..Tapi agak-agakla....dik oiiii....taktau jugak nak bagi nasihat ni..hihihi...





Tak payah macam tu pun takpa, biaq orang follow kita dengan ikhlas.....betui dak? kalau follow sebab terpaksa....apa barang nak berblog..hihihi...





p/s : eh, ada orang buat segmen dak pagi ni?nak join....





sekian, untuk makluman

Sunday, May 29, 2011

::DAHLA BODO, SOMBONG PULAK TU !::

Assalamualaikum bloggers






Malam ni baru aku sempat nak update entry baru, dengan situasi yang selalu jadi dalam kehidupan kita. Penah dengaq dak bodoh sombong? memang ramai rupanya manusia jenis ni. bukan takat dalam Malaysia. Kat kalangan kawan-kawan aku pun ramai ja yang macam ni. Sebab apa jadi macam ni? Sebab masing-masing dah rasa diri tu besttttttttt sangat.











Bila tak reti tak mau tanya, bila orang ajaq dan orang bagi nasihat tak boleh terima pulak..haishhhhhhhhh.. Payah betuila manusia yang hanya diri dia saja yang betui. Ya la kan, bila ego tu terlampau tinggi dari orangnya, memang masalah. Memang tak boleh work in team, pendapat dia ja kita kena pakai, sedangkan kita baru nak bagi pendapat, terus angkat sepanduk tak setuju.....




Dasyat la......kalau macam tu, tak payah la hidup dalam dunia, sebab bila dalam dunia ni, kita kena berkongsi. Takmau kongsi pi dok dalam gua..hahaha..sekian.





::SERGEANT KERORO TANYA APA HOBI ANDA::

Assalamualaikum buat yang muslim....







Sekali lagi aku menjebakkan diri dalm segmen orang..hehehehehe....Sebelum tu, seperti biasa sapa yang nak join tu sila klik header bawah ni ok...






Saja nak memeriahkan keadaan.. Kalau tanya hobi aku, banyak sebenaqnya. Blogging pun salah satu hobi aku, tidoq pun aku suka. Tapi yang paling aku suka....adalah...jeng..jeng...jeng......















ni aktivti outdoor yangg paling aku suka.....snorkeling. Best wooooo....mula-mula aku memang gayat, dan cuak jugak nak terjun dalam laut, tapi bila emosi aku dah stabil dengan pressure ayaq, huiiiiiiiiiiii.best gila wohhhhhhhhhhhh......buleh tengok macam2 ikan..besaq-besaq myvi pun ada..hihihihi, serius aku tak tipu... Tenang jiwa betui....





Gambar yang first tu masa aku pi snorkeling kat Pulau Redang.  Yang no dua tu, masa kat Pulau Perhentian. Yang dekat pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik aku tak upload, sebab aku maleh cari.hahaahha. Next trip nanti aku pi pulau lain pulak. 





Sekian, untuk makluman.

::MENCARI BLOGGER WANITA::

Assalamualaikum bloggers....







Hari ni aku tak sempat nak buat cerita panjang-panjang sebab, aku kalut basuh baju, pastu nak pi makan kenduri pulak, so harini aku nak join segmen ja..hihihihi..buleh dak... Nanti malam ni aku update story apa-apa okeh, lama rasa tak bagi tazkirah..hihihi..kena cari feel dulu...





bagi sesapa yang nak join bloglist by jokegurl, sila klik header kat bawaah ni, boleh pi terjah blog dia.










Pening pulak aku tengok benda alah tu berkelip tak berhenti, sapa ada simptom-simptom pening macam aku, jangan tengok, pi tidoq..hahahhaa.. Apa boleh buat, dah banner penganjur macam tu, tempek ja la...





Jomla join, anda mampu mengubahnya..hihi





sekian, untuk makluman.

::AKU KALUT BALUT HADIAH::

Assalamualaikum bloggers...






Harini aku tak sempat mengupdate sangat, aku sibuk dok balut hadiah, esok saja, ada 2 kenduri kena serbu. Petang tadi pun aku pi beli barang lewat dah, balik rumah kalut balut pulak..hihihihi..... Tu baru 2 ja, kalau 5, kopak aku..hahahaha




Salah satu yang dah settle untuk sesi penyerahan esok..hihihihihi








Sapa nak hadiah lagi? cepat panggil aku makan nasik minyak..hihi..



p/s: Sebelum aku terlupa sapa yang nak kawen esok, i would like to wish selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Saturday, May 28, 2011

::SEGMEN:FROOGY ADY BUDIKA CARI JODOH::

Assalamualaikum bloggers....





Merilekskan diri di ruang tamu sambil melandingkan diri bersama mak plus tengok tv..hahahha...anak mak, jadi kena la meneman mak di hari cuti yang berbahagia ini...Satlagi nak pi makan kenduri sat, jadi aku menghalang mak masak banyak-banyak.... " Sep la beras kita harini kan mak?"hihihi




Jadi sambil mak melangut tv, aku dok jalan-jalan kat blog orang terpandanglah akan aku segmen mencari jodoh yang diopen oleh ady budika....haishhhhhhhh..aku nak cari jodoh jugakla...... sapa nak tau tentang agensi pencari jodoh ni...sila klik header di bawah.....









Ni lah gambar secara tak rasmi dari cik hijau.....jarang-jarang dia pose macam ni...aku pun tak penah buat...









Cik hijau sedang wangi dengan downy selepas dibrainwash bersama penyunya untuk tatapan ady budika..muahahahaa...Siap bunga [aku beli kat dia]




Sebab apa nak aku jodohkan cik hijau ni..sebabnya cik hijaukan sespesies dengan mr froogy, jadi dengan wujudnya sejiwa yang sama, maka akan terjalinlah 'chemistry' dan wujudnya persekitaran yang kondusif buat jiwa-jiwa mereka..muahahahha [masuk science fiction] sket...kalau mr froogy nak jadi secret admire pun takpa....adala jugak teman cik hijau aku ni..muahahahha...[terlajak kata buruk padahnya]. Harap-harap sudi la berkenalan dengan cik hijau ni..hahahaha...oppss







sekian, untuk makluman.

::MEMANG BUDAYA MELAYU MACAM NI KA???::

Assalamualaikum bloggers....







Good morning la untuk sekalian alam. Pagi ni aku sempat berblogwalking banyak blog jugak, ada yang aku terjah blog lawak yang kononnya LAWAK GILOS.... sampai buleh gelak nak pecah perut. Ada ka yang kena operate wak masuk balik isi perut yang terburai sebab gelak? Tak besa dengaq lagi la kat buletin utama tu. [ohhh, lupa..buletin utama dok sibuk kes turun naik mahkamah kan]










Yang aku herannya dengan melayu kita ni. Baik dari opis sampaila yang femes-femes, kalau buat lawak segala bagai tu suka sangat la menyelit nak melucah jugak. Aku heran sangat apa dengan buat lawak lucah tu hangpa rasa baguih sangat ka?Ataupun rasa benda-benda yang  ##^&*^$@@!#^^&*  tu memang sesuai dibuat lawak....





Ramai orang yang gelak guling-guling ja aku tengok bila ada orang melawak sambil melucah. Aku heran betui. Kat ofis aku pun ada jugak yang pattern melawak macam ni. Benci betui aku, kalau aku dengaq dia mula nak start melawak lucah, aku blah teruih. Meluat.......Sampai tak kira tua muda, melawak tak kena tempat.





Tu gaya tak femes. Yang artis-artis pun satu hal. Macam maharaja lawak, tak buleh ka melawak tanpa ada unsur lucah?nak melucahhhhhhhhh manjang, tu pun orang suka ka..haishhhhhhh..pelik-pelik..ramai orang suka no? Tak ingat akhirat ka woiii nak melucah pun?

::THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST (JUN)::

Assalamualaikum bloggers....Good morning...






Tengok tajuk pun dah tau kan? Apa yang aku update pepagi ni. Aku memang excited gila kalau ada bloglist offer.haha.Jadi sapa yang nak join, sila klik header gempak kat bawah ni okeh...












sekian, untuk makluman.

Friday, May 27, 2011

::PENCARIAN BLOGLIST BOY GIRL PENDAMBA MAWAR::

Selamat malam buat bloggers yang sudi-sudi singgah blog aku ni..






Malam ni dengan penuh semangat ke'blogger'an, aku mengupdate lagi dengan join bloglist by Pendamba Mawar. Wah...semua pakat-pakat cari blogger nak masuk list. Yang aku ni pun tak terbuat lagi disebabkan syok join bloglist orang..muahahahaha...











Nanti-nantila aku buat bloglist untuk hangpa semua na. La ni, kita join bloglist orang dulu okeh....Sapa nak join pi klik header kat atas tu orait? Kalau takmau klik situ, haaaa...  meh klik siniJoin la, takda entrance fee pon. Kalau pendamba mawar ni buat entrance fee, meh bagitau aku, Biaq aku brainwash budak ni..hahahha..






p/s : kita tengok penyu telor {lagu untuk pendamba mawar] haha.

::KENAPA BEN ASHAARI SEDIH???::

Assalamualaikum bloggers...







Memandangkan aku harini agak kesuntukan masa nak tengok blog, jadi malam ni, aku meluangkan masa sefree-freenya untuk mengupdate sepatah dua kata..muahahahaha..Buleh percaya ka sepatah dua ja, tengok gaya tulisan pun dah berpatah-patah dah kan?haha.





Apa kaitan pulak tajuk entri aku malam ni..Eh, mestila ada kaitan.. Kaitannya adalah sebab aku author blog ni, so aku tulong menolong bloggers yang memerlukan keprihatinan kita sekali-sekala.hihihi. Apa pulak yang aku ngarutkan ni eh. Ha....pada sesapa yang free tu maila sama-sama tulong vote encek ben dalam digi woww awards tu. Nak tengok caranya macam mana?




Oleh sebab, aku tak terrer sangat nak explain, cuba-cubala klik header encek ben kat bawah ni untuk mendapat penerangan ringkas serta padat yang maksimum [dah macam iklan MILO plak]hihi. Nak tau kenapa encek Ben sedih? cer klik header bawah ni.








p/s : Mai pakat-pakat tulong..Tolong menolong kan amalan kita. Hari ni hari orang, nanti hari kita pulak...

::SEBAB APA BLOGSPOT MASALAH? NI MESTI TRAFFIC TINGGI::

Assalamualaikum and selamat pagi bloggers....







Entri bermasalah pagi ni...










Okeh aku taktau adakah aku sorang atau ramai lagi bloggers yang ada masalodeh macam aku ni. Pagi hari ni, followers aku hilang, aku tak buleh nak sign in....bila aku sign in beriban-riban kali, tak buleh jugak...Last-last aku bookmark kan dashboard aku. Bila aku masuk dashboard, aku tak buleh nak sign out pulak.






Aku pun dengan penuh dukacitanya, tak buleh la nak follow blog orang lain, hatta ramai yang tinggai mesej follow me, do visit me back, tapi apa kan daya, aku tak boleh nak follow pulakkk...aku sekadar boleh masuk ja. Bagi yang suka guna tulisan ewwwwwwwww..ewwwwwwwww tu aku malas nak komen, sebab aku tak berapa nak paham bahasa budak-budak la ni. 





Kalau aku komplen, depa kata aku ni jiwa orang tua, suka hati la nak tulih apa kat blog. Haaaaa, ikut hangpa la...so, jarang la aku drop komen kat blog yang macam ni. La ni aku nak pi buat blogwalking kat blog yang join segmen Encek Ben semalam.... Sapa nak tengok senarai tu, atau nak jemaah dengan aku buat lawatan, sila klik link ni. haaaaaa..besaq dabak aku bagi link..jom serbuuuuuuuu..dengan hundred pluas masing-masing, takut haus. 







P/s: Sapa takdak hundred plus mai mintak kat aku.....siap dengan no phone aku bagi..hahahha..melawak ja... harap-harap la blog okeh lepas ni.

Thursday, May 26, 2011

:: SUKA TENGOK PENAMPILAN ARTIS BERTUDUNG::

Assalamualaikum bloggers..





Malam ni aku tengok semanis kurma.. Ada artis yang namanya Yatt.. Entah hangpa ingat ka tak.... manisnya bertudung.... comel wuuuuuu....Aku memang suka tengok semanis kurma, minat ooo....hihi.





Jadi, malam ni saja aku nak upload artis-artis bertudung kat Malaysia nih....ni diantaranya la...yang aku ambik merata-rata alam...









































manisnya kan.......

::BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU::

Assalamualaikum wahai bloggers seantero dunia....







Wahhh..ramainya bloggers online malam nih. Aku ja lambat sket sebab sibuk dok menguruskan rumah tak bertangga aku nih..hahahaha Baju menimbun pulak malam ni, tu yang kena buat overtime lipat baju tadi. Dah settle segala, baru la buleh nak update blog aku malam ni.






Encen Ben buat segmen untuk bloggers yang bawah kapasiti 1000 followersnya, macam aku ni buleh la join. Nasib baik 1000 followers. Kalau bawah 100 followers, aku kerut kening ja la...takleh join..hahhahaha... Sapa nak join sila klik header beliau yang merahmu bara semangat waja kat bawah ni okeh...











Maka dengan ini maila kita sama-sama buat lawatan sambil belajaq kat blog orang lain..untuk menggamatkan suasana..maila rajin-rajin singgah blog aku ni. Takdak tol pon..hihihihi... Segmen ni expired kul 12 tengah malam ni. Aku rasa masa tu aku dok Afrika Selatan dah kot..muahahahah...mai join.






sekian, untuk makluman.

::MR IZZO 1ST GIVEAWAY::

Assalamualikum and selamat petang to bloggers yang berblogwalking....






Petang ni aku nampak Mr Izzo buat 1st giveaway yang rasa macam best la jugak untuk kita pakat-pakat join. Sapa yang rasa tuan punya laman ni sila lah klik header beliau kat bawah ni ye....










Ha..meriah kan header beliau ni. Macam dinding pasti kanak-kanak ja..hahahha. Eshh....jangan kutuk, aku suka tau kaler meriah-meriah ni. hapenning sket.





Seriously aku memang tak suka nak komen blog orang, sebabnya...aku tak suka la..hihihihi. Tapi aku just nak kongsi pandangan aku la, kalau la boleh kan...errrr kalau Mr Izzo dapat kemaskan sidebar dengan hanya guna 2 column untuk blog nampak lagi 'bersih' sketla. kalau 3 column nanti ruang entri jadi sempit. Tak puas mata memandang..hihihihi.ni cuma pendapat la..





Sapa nak join mai la...tarikh tutup aku taktau..hahahha... Hadiah????? Tengok kat bawah ni..nak tau apa kena mengena dengan tshirt ni? jemput la jenguk beliau...






::GENG BLOGGER PENANG DI FACEBOOK::

Assalamualaikum bloggerssss.........






Petang yang agak sibuk bagi aku...tapi aku tak kira maila ramai-ramai join group yang baru ja dibuat. Aku pun taktau bila masa pulak aku jadi admin.hahahhaha. Secara tak rasminya. Selain boleh kenai sesama blogger penang, boleh jugak ping blog hangpa semua kat situ.





Sapa yang rasa nak pindah dok penang pun buleh join, sapa yang rasa nak mai belajaq, ataupun nak mai keja kat penang pun buleh join jugak. Rajin-rajin la post entri kat situ, kalau ada kelapangan insyaallah admin akan singgah blog hangpa tu.





Buat sapa yang nak join, sila klik gambaq bawah ni untuk terjah facebook  ni.... errr...yang pastinya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah bukan pengasasnya..hihihi...










sekian, untuk makluman.

::ORANG KITA SUKA PERCAYA PERANGAI PELIK TU TANDA KEMATIAN::::

Assalamualaikum.....






Entri di pagi hari.....lepas breakfast,










Bila kita becakap mengenai mati. Orang kita ni dah macam adat pulak.....selalu tanya apa tanda-tanda pelik yang si mati tunjuk. Aku tak berapa setuju sangat dengan benda-benda macam ni. Nampak macam nak cari yang pelik-pelik ja yang si mati tu buat. Apa faedahnya? Lagi baik kita tengok amal baiknya saja. Lagipun orang dah mati kan, tak payah la cerita benda pelik dia kat orang. 





Seolah-olah menjadi 'trend masyarakat' dari dulu. Seolah-olah benda pelik tu menjadi kepercayaan sebagai petanda ajal. Ish...aku rasa pelik bila ada orang dok cerita.....ni contohla...




sebelum ni arwah seorang yang periang, tapi semenjak dua hari lalu dia berubah menjadi seorang pendiam dan tidak seperti selalu




Bagi aku, tak wujud unsur pelik, cuma orang kata, mood tu mungkin kurang kot, mungkin jugak buang tebiat. Tapi jangan lah kita selalu canang-canang benda yang si mati buat seolah-olah....oooo..ini mungkin petandanya. Sebaliknya, doalah si mati mendapat keampunan Allah dan ditempatkan di kalangan hamba yang beriman. Doa bukan kena satu sen pun, tapi cuma memerlukan keikhlasan.








sekian, untuk makluman.

Wednesday, May 25, 2011

::SEJUK MATA MEMANDANG, SEJUK LAGI RASA DI HATI::

Assalamualaikum  bloggers sekalian...







Terlupa aku seketika tadi, ralit sangat dok lepak kat sahabat blogger sampai terlupa nak update entri...hihihihi. Apa pulak yang aku nak ngarut malam ni. Ehemmmmmmmmm... ni bukan entri mengarut ye kawan-kawan, ni entri yang menyejukkan......



eh..mengapakah aku berkata sedemikian rupa [tetiba terbaku]




Cuba tengok gambaq kat bawah ni...sejuk hati dak? 3 ja yang sempat dikutip dan dipublish semula.















p/s : muka bersih nya....

:: I LUV BLOGWALKING COMMUNITY::

Assalamualaikum semua....






Petang yang menarik untuk aku post entry yang menarik ni..Maila join..hihihi. Memandangkan aku selalu melepak di sahabat blogger, jadi aku pilih untuk stay kat sahabat blogger..hihhihi 






Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )











    • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
    • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut



    Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :
    • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
    • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
    • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
    • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
    • Tag 2 orang rakan blogger anda
    • Submit url entry anda menggunakan borang di bawah

      Your Name (required)  
      Your Email (required)   
      Subject                        
      Your Message  
    • Setelah kami terima email dari anda,kami akan membuat pengesahan.
    • Selepas pengesahan selesai,kami akan hantar email kepada anda disertai code facebook like mini box seperti di bawah
    •  
    • Penting : Anda diwajibkan letak code mini like button itu di sidebar anda..Jika kami dapati code like ini tidak diletakkan,maka permintaan anda mungkin akan ditolak

    • Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada share@iluvblog


    Sapa yang rasa tak paham dengan entri aku ni..dan nak tau lebih lanjut apa yang aku tengah mengarut ni, pi klik kat link bawah ni ye.....

    Nak tengok syarat? klik sini

    ::SESI PROMOTE BLOG - BATCH 13::

    Assalamualaikum bloggers........







    Harini, aku nak promote blog sorang lagi followers aku..ha....ni merangkap komposer jugak ni... Banyak lagu dah dia buat, sapa nak jadi artis beliau sila terjah header kat bawah ni....











    Sesapa yang nak ambik port jadi artis beliau..hhihihih..apa lagi pi tanya la ramai, nanti kot-kot la ada contest penyerapan artis baru ka..hihihi..Bagi sesapa yang nak tambah kawan-kawan atau nak dengaq lagu beliau. Sapa yang nak aku promotekan blog hangpa tu, meh klik sini. Nak tengok batch lepas yang lepas yang lepas [berapa banyak ni]hihi...  tengok kat sini







    sekian, untuk makluman.


    ::SUNAH SAKURA TANYA BEST KE HEADER AKU?::

    Assalamualaikum semua....






    Merilekskan otak nak buat entry harini..heheheh tu yang join segmen ni..hahahhaha...sapa nak join sila klik header kat bawah ni....









    Aku sebenornye maleh nak lekatkan header aku sebab boleh tengok ja kat atas tu..hihihihi...aku edit sendiri header aku tu...aku tak reti nak kerat-kerat gambaq, aku ambik ja sebijik macam tu....muahahahaha...






    sekian, untuk makluman.

    ::GERUN AKU, KONTENA MASUK LINE 2,LINE 3::

    Assalamualaikum bloggers......







    Harini mengupdate lambat sket, baru siap keja...berpanas-panas dah ni, tadi aku ada keja kat luaq. Ni pun baru balik opis. huhuhu...memang lenguh jugak bawak moto, travel jauh atas highway bukan ada koridor, huhu. tapi apa yang aku perhatikan macam ni lah keadaan drivers malaysia hari ni [gambaq aku search kat tenet, aku nak snap pic tadi tak buleh..atas moto] 























    Macam ni lah jugak keadaan yang aku tengok tadi masa kat highway. Dahla jalan ada 2 lane, 1 lane tutup sebab tengah turap tar, tapi depa ni...puak-puak yang tak berapa nak matang ni...guna emergency lane. Tengok keta depa, bukan cap ayam, keta cap baguih punya...... tapi mentaliti depa aku taktau tahap mana lagi. Keja hebat tapi rubbish la....tak boleh pikir situasi orang lain. Depa ingat terrer la buleh guna emergency lane?





    Dahla aku tengok kadang-kadang motor rempuh kereta kat emergency lane. Sebab ni lah. Depa kira depa ja lepas. kalut nak pi mana pun taktau, ka sibuk nak cari toilet tak jumpa? Aku pelik betoi la... Sama hal pulak dengan lori-lori kontena dan juga trailer panjang yang suka sangat guna lane 2 dan lane 3. Mangkuknya, tu kan lorong laju.





    Tadi masa kat highway, aku bawak kat lorong 2, nak potong lori tak buleh, sebabnya lorong 3 ada kontena. Dahtu pulak, kontena tu bukan laju mana pun. Dah tau tak laju, dok la lane 1, yang pi dok kat lane 3, beratoqqqq la semua kat belakang kontena yang hegeh tu. 





    Aku pulak ada kat tengah-tengah antara lane yang ada trailer dan lane yang ada kontena. Adoiiii, kecut perut la jugak. Tengok, ni semua la perangai drivers. Bila jadi apa-apa, semua tuding menuding jari, salah orang ni, salah rang tu. Diri sendiri?hmmmmm... fikir-fikirkan dan selamat beramal...







    sekian, untuk makluman.

    Tuesday, May 24, 2011

    ::SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI::

    Assalamualaikum bloggers.....







    Mempersembahkan sebuah filem yang tak seram langsung, tak berunsurkan sejarah melayu langsung, dan mempunyai daya imaginasi yang sungguh [taktau berapa bintang] bakal menanti anda di skrin besar di kedai-kedai mamak [tak lepas masuk panggung]...filem yang dinanti-nanti oleh pelakon yang telah memberi nama...inilah dia....  PIRATES TERSESAT DI CARRIBEAN ....dengan set studio paling terjimat sekali... [mengamalkan penjimatan berhemah]



    iklan......... sila klik header untuk melihat pembekal pelakon mantopppppp... sekian, wasalam.






    Sinopsis :




    Lanun jalanan itu merenung seorang gadis melayu, yang anggun sedang berlenggang di hadapannya. Teringat beliau akan kekasihnya yang ala-ala mak dara. Lalu ternampaklah oleh beliau tulisan  di belakang baju gadis itu "geminigurlz". Oh, bintang gemini rupanya budak ni. Tapi aku dah lupa gemini tu bulan berapa....huhu, getus hati lanun jalanan lagi.




    Tiba-tiba......bahu Lanun jalanan ditepuk seseorang..."hooooiii.... macam MTT je!!!," tegur Abdul Farique Areliff, kawan yang selalu suka pinjam majalah Ujang yang dibeli secara rasmi oleh Lanun jalanan. "Apa yang MTTnya?" tanya beliau yang berkerut-kerut dahinya. "Yela...muka kau tu macam MTT = muka tengah tension"hahahhaha....gelak si Abdul Farique.





    Kelihatan dari jauh, ternampak lambaian zieha hisham, rakan segosip mereka bersama teman tapi mesra beliau ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a Han itu sedang menghampiri mereka berdua. "Mai dah nisha shopping2u ni." getus hati lanun jalanan. Nama manja itu adalah disebabkan zieha hisham suka membeli belah di Nadya O'conner. haha [pengarah tengah pening sat]




    Nisha mengajak lanun jalanan dan Abdul Farique bercuti di cik pulau dengan menaiki kapal besar bernama zacky-786-, yang dibeli 15 tahun lalu oleh Nmirmo bukan San Remo. Entah tahan ke tak kapal tu, "jomla, wei" ajak Nisha. Nisha ni kalau dah boleh gelak memang macam rancangan famili ceria.




    Lanun jalanan setuju, tapi sapa lagi yang nak di bawa? lagipun entah ada wifi ke tengah laut tu, macam mana nak dapat informasi yang latest? macam-macam fikirnya. Abdul Farique mencadangkan mereka membawa Bro Wacana sebagai pembekal berita, Mama Diana selaku jurupandu kapal terbang, greenappleku.com sebagai penaja epal dan jugak Jay yang suka bermain dengan game kemboja85.



    Lanun jalanan sempat mengemaskini blognya dengan berjaya mengupkan traffic dengan menulis tajuk "Adah onenie ateyya ezolieeeeeee ! yihhhaaaaa [bahasa siam yang dicakap oleh lanun jalanan yang membawa maksud aku nak bercuti di pulau...bahasa ni pengarah saja yang paham].



    Tiba-tiba dalam masa sesaat, blogger yaya budak suka embun sempat lagi komen dan bertanya, " Lanun jalanan nak gi bercuti dengan izzat nazmi yang mukanya iras azizul hasni awang tu ke?" Namun dah terlewat...lanun jalanan tak sempat mereply....




    maka berbondong-bondonglah soalan demi soalan dalam ruangan komen lanun jalanan...namun tak sempat direply.....selesai menshutdownkan laptopnya, lanun jalanan terus menelefon rakan beliau Abdul Farique.... apa yang terjadi..... nantikan di PAWAGAM BERHAMPIRAN... [pengarah kena hantaq skrip dah lagi 2 minit kul 10 ni] haha.




    ::SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER BERSAMA BEN ASHAARI::

    Assalamualaikum bloggers.....




    Harini baru aku sempat join segmen Encek Ben ni. Kelmarin, takdan. sebab tutup pukul 2 ja...memang takdan la nak join segmen segala.Keja berlungguk. Harini ada chance sebelum ada keja apa-apa..hahahha










    Sapa nak join segmen, silalah terjah header kat atas tu..hihihi. Aku nak jadi Captain Jack Sparrow. muahaha.. Perasan gilossss.....sebab kadang-kadang jack sparrow dengan aku ni ada 'kimia'.hahaha..ya ya an ja.... Aku suka dia sebab macam gila-gila sket....





    p/s : Ambikla saya, jadi background pun takpa..muaahahahahaa





    sekian, untuk makluman.

    ::SETELAH SEKIAN LAMA, AKU MEMANG TAK SUKA FOLLOW BELAKANG AWEK YANG BAWAK MOTO::

    Assalamualaikum bloggers......







    Mengupdate pada pagi ni..dengan topik kontroversi ..ni haihhhh, hahahah..ni bukan auta..ni fakta ni. Sepanjang apa yang aku perhatikan sebagai pembonceng [eiiicehhhh] bahasa baku.. hahahha. Aku memang perhati, ramai pompuan memang bawak moto secara melulu.



    Ni apa yang aku perhatila, banyak kes awek buat pasai depan aku..hahahahha. Aku geram betui. Kadang-kadang suka hati ja bawak moto tapi membahayakan orang lain. Aku memang angin.







    Gambaq kat atas tu bukan pompuan la ofkos. ahahahha. Aku tak nafikan kalau laki bawak moto, memang ramai rasa nak tunjuk terrer depan awek, bawak laju segala, menyelit celah kereta..pastu bawak slumber-slumber.




    Tapi pompuan lain sket, depa tak menyelit cuma selalu teragak-agak. Yang ni aku paling geram. Kalau kat highway tu, bawak dalam laluan moto, paham-pahamla laluan moto kat highway macam mana. Bukannya besaq sangat. Kalau nak memotong ni, mesti dok teragak-agak..Sat nak potong, sat tak jadi. Aku yang follow kat belakang dia pun jadi masalah, sat sat brek..sat sat brek. Silap-silap aku pulak yang hentam belakang.





    Aku memang sangat ber'hangin' kalau jumpa pompuan bawak moto macam ni. tambah-tambah yang suka bawak moto tengah jalan...memang sangat menyusahkan orang. Aku bukan nak kata semua pompuan bawak moto macam tu. Aku pun pompuan jugak..apa kes nak kutuk geng sendiri. Tapi segelintir perangai pompuan yang aku perhatikan laa...





    Macam kes pagi tadi, aku dahla lambat nak sampai ofis, kejaq masa. Ada 2 orang pompuan naik moto, kat tengah depa tu ada budak kecik, konon-kononya nak cross jalan dengan moto,  selamba yaya ja tak tengok sebelah sana ada moto satu lagi.





    Main lintas ja. Aku yang sebelah sini nasib sempat tekan brek laju-laju. Kalau tak memang bersepah la 3 moto kat atas jalan tu. Memang konghajaq la buat perangai macam tu. Memang nak mampuih. Kalau hang nak potong jalan sekalipun, ingat sket anak kat tengah tu, jangan suka hati ja lintas tak sedaq diri. Nyanyuk ka hapa?




    Sebab pompuan yang bagi masalah macam ni lah aku sampai ofis pukul 7.58. Nasib baik.... Kalau tak, aku pi lekat borang kehadiran lambat kat dahi hang tau. geram amat!!!





    p/s: Sebab tu aku tak suka follow belakang pompuan yang bawak moto.

    Monday, May 23, 2011

    ::CHEESECAKE OMBAK LAGI, VERSI KENA TELAN ESOK::

    Assalamualaikum bloggerrrrssssssss..hii...excited sat..








    Malam ni sempat lagi aku buat cheesecake.. hahahahha.balik balik cheesecake. Haritu buat oreo cheesecake..Kali ni cheesecake lagi.. Bukan apa hari ni mood aku tak berapa elok, sebab ada la sakit hati dengan someone ni. Tapi takpa abaikan ja la. Aku ni bila sakit hati dengan orang memang aku tak suka marah tapi aku suka bakaq kek. Bila aku nampak asap keluaq dari oven, barula aku puas hati..hahaha.





    Okeh pasaipa nama dia cheesecake ombak lagi? sebab kek aku ada unsur-unsur bergelora.. muahahah..giloss.. versi kena telan esok sebabnya...esok ja laaaaaaa kita telan..opppps..[bukan kita tapi aku..hihi]





    Nak tengok dak hasil aku yang terrrrpanas dari oven...sat ye...[line slow gila malam ni]. Aku nak upload pun rasa macam 5 minggu ja...memang penantian satu kekejaman..hahaha.....








     dan....




     tarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... jadi dak?..heheheh..still berasap nih..haha








    Ni cheesecake paling simple resepi dia....aku tak potong lagi tu sebab kena sejukkan dalam peti ais semalaman dulu, esok baru buleh sumbat, haha. Bagi sesapa yang nak lepas geram macam aku bakaq- membakaq ni..... sila lah copy resepi kat bawah ni...Ni pun aku jumpa dalam my.resepi.hihi..



    Bahan- bahan :

    250g cheesecream
    200g plain yogurt
    2 biji telur
    3 sudu besar tepung gandum
    2 sudu besar perahan lemon

    90g gula


    loyang yang sesuai
    aluminium foil


    cara nak buat:

    1. Panas oven dulu pada kadar 170 celcius,pastu ambik loyang, sapu butter sket, atau guna oven paper pun takpa. Tadi aku boh pelanta ja...Aku assume sebagai butter..hahahha


    2. Masuk semua bahan-bahan tu dalam mixer, kalau guna blender pun takpa kot...janji jangan la guna blender yang mesin cili tu..kang pedas, aku tak tanggungjawab na..haha...Mix semua benda tu sampai jadi macam krim


    3. Pastu masukkan dalam loyang dan bakoooooooo jer selama 40-45 minit.


    4. Bila dah tengok dekat nak masak dah, atau pun lepas upacara pembakaran sudah berlangsung selama 30 minit, letak aluminium foil tu atas loyang sebabnya takmau bagi kek tu hangit dan bertukaq menjadi kaler yang mengerikan.


    5. Bila dah sejuk sket, simpan dalam peti ais semalaman untuk biaqkan wap kek bermesra-mesraan, esok siang baru boleh menelan...mesti mantop punya..hihihi







    p/s : selamat menerai, kalau tak jadi....errrrrrrrrr hangpa buat kek lain la..haha





    sekian, untuk makluman.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails