nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, May 4, 2011

::UCAPAN BUAT IBU TERCINTA::

Salam 1 Malaysia.....dan selamat berblogwalking lagi..hehhehe





Malam ni, aku join lagi segmen c.z ni.....sebab sempena hari ibu ni aku nak wish "happy mothers day" buat mak aku yang tengah lepak-lepak kat depan tv tu.....hihihihi.Oleh kerana c.z merupakan blogger first yang buat segmen untuk hari ibu ni, maka aku pun dengan sukacitanya nak join....










Ish..awat macam kecik pulak header c.z nih...Takpalah c.z kan janji ada...hehehhehehe..Okeh, buat blogger yang lain, sapa-sapa yang nak join lagi bolehla klik link ni.Yang ada free time tu boleh join laaaaa, yang takmau join tu buat taktau ja dah la..haha..Sampai hati no...





Memandangkan gambaq mak semua ada dalam external hard disc, maka tiada lah gambaq yang boleh diupload berikutan aku pun menaip guna lappy ja ni. Memang takdak gambaq apa-apa dalam ni......eh, kalau mintak kat pakcik google, ada tak dia simpan gambaq mak aku?hihihi....Memang sah takdak.





Okehlah di kesempatan ni kalaula mak baca entri anakanda ni, anakanda nak ucapkan selamat hari ibu buat mak, terima kasih sebab mak jaga anak mak ni dengan penuh kasih sayang, bila anak mak ni buas, kena sebat dengan tali pinggang, mak still on my side, mak dukung bawak pi klinik bila anak mak ni jatuh tangga, mak suruh telan ayaq banyak-banyak bila anak mak ni makan daun keladi hiasan depan rumah, mak angkat anak mak ni bila demam, mak jaga anak mak ni kat hospital time sakit dulu.










Mak, tenkiu sangat-sangat sebab jaga anak mak ni masa demam campak dulu, walaupun asyik menangis jaaaa tapi mak sabaq jugak jaga, terima kasih jugak sebab buat kelas tuisyen ajaq anak mak ni ABC, 123 sampai anak mak ni boleh masuk sekolah, terima kasih jugak sebab tak rotan anak mak ni bila tak dapat nombor 1 dalam kelas..hehehehhe..






Mak, tenkiu sangat-sangat, sebab mak selalu bagi semangat kat anak mak ni supaya belajaq sungguh-sungguh. Bila anak mak ni dah boleh masuk universiti, anak mak ni selalu mengadu subjek banyak yang susah, mengadu gelabah gila nak buat class presentation, mengadu penat nak pikir thesis...heheheh. Tapi mak tak marah, mak cuma bagi nasihat ja dan bagi tazkirah sepatah dua kata yang buat anak mak ni semangat balik sampai grad.Tenkiu mak......






memang tak terbalas semua jasa mak...tadi anak mak ni suruh baca entri ni..mak takmau...mak kata malas nak tengok laptop.huhuhu...(emo sat)...yang tu ja kot. Selamat Hari Ibu ye mak dan happy birthday....(walaupun birthday mak bulan 9) hihihi...sekian sahaja ucapan untuk mak pada kali ini...





Oh ya, tak lupa jugak tima kasih sebab selalu beli teddy bear kat anak mak ni, pastu last-last mak suh bungkuih semua sebab penuh katil.huhuhuhu..terpaksa jugak ikut cakap mak sebab kena marah..heeeeeee






Oh ya, aku nak tag:


EXPIRY DATE : 5 MEI 2011





sekian, untuk makluman.




2 comments:

SHM said...

wah, die makan daun keladi hiasan lah . ap2 pun, mak kta lah satu2 ddnia . tiada tolok bandingnya dgn mak org lainkn ? ;D

::Mastura Zakaria:: said...

betul2...ada satu je mak....xda yang kedua dan ketiga dah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails